• Home
  • About Department
  • Info
  • News
  • 𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗧𝗔𝗙 𝗠𝗔𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗟 𝗠𝗔𝗥𝗞𝗔𝗦 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗟𝗔𝗨𝗧 𝗞𝗘 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗛𝗘𝗩 𝗔𝗧𝗠

News

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗧𝗔𝗙 𝗠𝗔𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗟 𝗠𝗔𝗥𝗞𝗔𝗦 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗟𝗔𝗨𝗧 𝗞𝗘 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗛𝗘𝗩 𝗔𝗧𝗠

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥, 𝟱 𝗡𝗢𝗩𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟰 - Mantan Asisten Ketua Staf Material Markas Tentera Laut, Laksamana Muda Hj. Satria Sarawak bin Hj. Jais (Bersara), telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran, Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki.
Kunjungan ini adalah bertujuan untuk membincangkan beberapa isu yang melibatkan kebajikan veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan inisiatif sokongan yang disediakan oleh JHEV ATM kepada bekas anggota tentera yang baru bersara.
Perbincangan juga menyentuh pelbagai peluang yang ditawarkan JHEV ATM untuk membantu veteran dalam menghadapi fasa baharu kehidupan selepas perkhidmatan.
Dalam sesi tersebut, Laksamana Muda Hj. Satria turut berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi sepanjang tempoh perkhidmatannya serta memberikan cadangan mengenai program sokongan bagi golongan veteran. Sebagai seorang pegawai yang telah lama berkhidmat dalam TLDM, beliau berharap agar hubungan antara JHEV ATM dan bekas anggota tentera terus terjalin erat dalam usaha mempertingkatkan lagi kebajikan veteran ATM.