• Home
  • About Department
  • Info
  • News
  • ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‹๐€๐๐‚๐€๐‘๐€๐ ๐‹๐€๐๐Ž๐‘๐€๐ ๐Š๐€๐‰๐ˆ๐€๐ ๐Œ๐„๐๐†๐„๐๐€๐ˆ ๐ˆ๐Œ๐๐€๐Š ๐Š๐„๐‚๐„๐‘๐ƒ๐€๐’๐€๐ ๐๐”๐€๐“๐€๐ (๐€๐ˆ), ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐†๐ˆ๐“๐€๐‹๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐„๐Š๐Ž๐๐Ž๐Œ๐ˆ ๐‡๐ˆ๐‰๐€๐” ๐“๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ๐€๐ ๐“๐„๐๐€๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐’๐€๐‘๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

News

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‹๐€๐๐‚๐€๐‘๐€๐ ๐‹๐€๐๐Ž๐‘๐€๐ ๐Š๐€๐‰๐ˆ๐€๐ ๐Œ๐„๐๐†๐„๐๐€๐ˆ ๐ˆ๐Œ๐๐€๐Š ๐Š๐„๐‚๐„๐‘๐ƒ๐€๐’๐€๐ ๐๐”๐€๐“๐€๐ (๐€๐ˆ), ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐†๐ˆ๐“๐€๐‹๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐„๐Š๐Ž๐๐Ž๐Œ๐ˆ ๐‡๐ˆ๐‰๐€๐” ๐“๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ๐€๐ ๐“๐„๐๐€๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐’๐€๐‘๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

๐Ÿญ๐Ÿด ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM YBhg. Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki, telah menghadiri Majlis Pelancaran Laporan Kajian Mengenai Impak Kecerdasan Buatan (AI), Pendigitalan dan Ekonomi Hijau terhadap tenaga dan pasaran kerja di Malaysia di MITEC Kuala Lumpur hari ini.
Pelancaran laporan kajian ini telah disempurnakan oleh YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia (KESUMA) bersama YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital dan YB Datuk Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
Laporan kajian yang disediakan ini dijelaskan akan menjadi panduan dalam mendepani cabaran ekonomi abad ke-21 sekali gus persediaan untuk latihan reskilling upskilling kepada pekerja-pekerja di sektor terkesan untuk mendepani kemahiran serta pekerjaan baharu yang muncul berikutan dengan perkembangan AI.
Susulan daripada majlis pelancaran tersebut, satu sesi dialog diadakan melibatkan ketiga-tiga YB Menteri sebagai barisan panel bagi membincangkan mengenai Future Skilling Through AI, Digital and Green Economy.
Kira-kira 600,000 pekerja dalam
10 sektor strategik dikenal pasti memerlukan latihan reskilling upskilling dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang kesan daripada perkembangan kecerdasan buatan (AI), digitalisasi dan ekonomi hijau.
10 sektor strategik terhadap ekonomi negara tersebut menyumbang kira-kira RM933 bilion atau sekitar 60 peratus kepada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2023 iaitu sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT); perkhidmatan perniagaan global; pembuatan farmaseutikal; pembuatan dan perkhidmatan makanan; elektrik dan elektronik; aeroangkasa; perniagaan borong dan runcit; peranti perubatan; tenaga dan kuasa.
Sektor-sektor ini juga ialah sektor yang mengambil paling ramai pekerja, iaitu lebih kurang 3.5 juta pekerja mahir dan separuh mahir.