Sekiranya pegawai atau anggota LLP yang sedang menerima pencen perkhidmatan meninggal dunia, orang tanggungannya boleh dibayar Pencen Terbitan.
Pautan Pantas
Adakah anda layak?
Orang tanggungan berikut layak dibayar pencen terbitan:
- Balu/duda Veteran ATM yang telah dikahwini semasa dalam perkhidmatan. Jika balu/duda itu berkahwin semasa bersara, pencen terbitan tersebut hanya dibayar untuk tempoh 20 tahun daripada tarikh bersara.
- Anak hasil perkahwinan semasa dalam perkhidmatan yang berumur bawah 21 tahun dan masih belum berkahwin.
- Anak yang berumur lebih 21 tahun tetapi masih belajar secara berterusan sehingga ijazah pertama dan belum berkahwin.
- Anak cacat tidak kira berapa umurnya.
Bayaran Pencen Terbitan akan dihentikan jika:
- Anak apabila berumur 21 tahun atau berkahwin.
- Anak yang berumur lebih 21 tahun tetapi masih belajar secara berterusan akan terhenti setelah mendapat ijazah pertama atau berkahwin.
Tentang faedah
Sekiranya pegawai atau anggota LLP yang sedang menerima pencen perkhidmatan meninggal dunia, orang tanggungannya boleh dibayar Pencen Terbitan.
Berapakah nilai pencen terbitan yang akan dibayar?
Sama seperti jumlah yang diterima Veteran semasa sebelum meninggal dunia. Lihat kiraan Pencen Perkhidmatan.
Kenaikan jumlah pencen terbitan
Pencen terbitan akan dinaikkan 2% setahun dari jumlah pencen bulanan. Penyelarasan dilakukan pada bulan Januari setiap tahun.
Cara Pembayaran
Terdapat dua skim pembayaran pencen iaitu:
- Skim A
Pencen akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima. - Skim B
Penerima perlu hadir ke Bank untuk menerima bayaran pencen.
Bagaimana untuk memohon?
- Lengkapkan borang berikut:
- Borang Pesara Meninggal Dunia (Pencen Terbitan)
- Borang Pengesahan Menuntut Di IPT (Untuk anak yang masih belajar di IPT)
- Borang Pengesahan Anak Cacat (Untuk anak OKU)
- Lampirkan dokumen berikut:
- Kad Pesara asal
- Salinan Kad Pesara (2 salinan)
- Salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan (2 salinan).
- Salinan kad pengenalan balu atau penerima pencen (2 salinan).
- Salinan Sijil Kematian Pesara (2 salinan).
- Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran anak-anak gemulah di bawah umur 21 tahun (2 salinan).
- Salinan Sijil Nikah atau Surat Cerai (jika telah bercerai) di antara balu dengan gemulah.
- Salinan asal Surat Pengesahan Penjagaan anak dari Pesuruhjaya Sumpah / Mahkamah Syariah (jika telah bercerai) atau (jika anak cacat / anak berumur 18 tahun ke bawa).
- Salinan muka depan Buku Akaun Bank yang menunjukkan nama dan butir-butir Balu atau Penerima Pencen (2 salinan).
- Penuhkan Borang BQ-BP-04 yang dikepilkan bersama-sama borang Pencen Terbitan.
- Penuhkan Borang BQ-BP-03 yang dikepilkan bersama-sama borang Pencen Terbitan dan dapatkan pengesahan, tandatangan serta cop jawatan Pegawai Bank berkenaan.
Nota: Salinan dokumen hendaklah disahkan oleh; Kadi, Imam, Penghulu, Penggawa, Ketua Balai Polis, Guru Besar, Pegawai Daerah, Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional), mana-mana Ketua Pejabat Kerajaan, Pesuruhjaya Sumpah atau Ketua Anak Negeri.
- Kemukakan borang dan dokumen-dokumen tersebut di Ibu Pejabat JHEV atau di JHEV Cawangan Negeri.
Dapatkan bantuan!
Kakitangan JHEV kami di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri boleh membantu anda atau hubungi kami di talian 03-2050 8000
Soalan Lazim
[maklumat sedang dikemaskini]
Maklumat tambahan
[maklumat sedang dikemaskini]