Ketahui proses permohonan persaraan dan tanggunganjawab dokumentasi oleh Aggota dan Pasukan.
Pautan Pantas
Tanggungjawab Dokumentasi Tamat Perkhidmatan oleh Anggota
- Memohon untuk mengikuti Latihan Peralihan.
- Membuat pemeriksaan kesihatan di Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) dengan membawa Borang Angkatan Tentera (BAT) D 70 - Bertukar Ke Pasukan Simpanan dan BAT B 83 - (Pemberhentian Askar Laskar).
- Menyediakan gambar berukuran pasport.
- Membuat Kad Pengenalan Awam di JPN dengan membawa Surat Pengesahan Persaraan Anggota Tentera (Lampiran 1 kepada Kembaran D - ARKTUJA No.3)
- Menyediakan dokumen persendirian berikut:
- Salinan Sijil Perakuan Nikah.
- Salinan Kad Pengenalan isteri.
- Salinan Kad Pengenalan/Surat Beranak anak.
- Salinan buku akaun bank/penyata akaun bank.
- Melengkapkan Sijil Penyelesaian Pasukan.
- Mengisi dan mendapatkan pengesahan pihak bank Borang Penyertaan Skim Pembayaran Pencen Melalui Bank (SPB) 1.
- Menyelesaikan segala urusan Cukai Pendapatan dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara persendirian bagi memastikan Sijil Penyelesaian Cukai (SPC) dapat dikeluarkan sebelum menamatkan perkhidmatan/ bersara. Ini bertujuan supaya kelewatan pembayaran faedah persaraan/ caruman LTAT tidak berlaku.
Tanggungjawab Dokumentasi Pemberhentian oleh Pasukan
- Pasukan hendaklah memaklumkan pemberhentian kepada anggota yang akan menamatkan perkhidmatan.
- Pasukan dikehendaki mengambil tindakan perkara- perkara berikut:
- Menyerahkan Surat Pengesahan Persaraan Anggota Tentera (Lampiran 1 Kepada Kembaran D ARKTUJA No 3) kepada anggota untuk membuat Kad Pengenalan Awam di JPN.
- Menyediakan BAT D 70 - Bertukar Ke Pasukan Simpanan dan BAT B 83 - Pemberhentian Askar Laskar.
- Membuat temujanji pemeriksaan kesihatan bagi anggota.
- Memastikan anggota membuat Sijil Penyelesaian Hutang Piutang di pasukan.
- Melengkapkan BAT D 191 - Buku Cuti anggota.
- Menentukan anggota menyediakan perkara- perkara berikut:
- Gambar berukuran pasport.
- Melengkapkan borang SPB1.
- Salinan buku akaun bank/penyata akaun bank.
- Pasukan hendaklah menentukan semua perkara di atas disediakan dengan lengkap dan dilaksanakan oleh anggota. Semua dokumen tersebut hendaklah dihantar ke JRP bersama dokumen peribadi anggota selewat-lewatnya 12 bulan sebelum tarikh TTP.