Skip to main content

faq

FAQ

hubungi

Contact Us

maklumbalas

Feedback

peta

Site Maps

News Archive
KOTA MARUDU, 14 Mac 2026 – Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, mengadakan lawatan kerja ke Sabah hari ini bagi menyantuni serta meninjau kebajikan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di negeri ini. Dalam lawatan tersebut, beliau turut menyempurnakan Majlis Penyerahan Rumah Bina Baharu di bawah Inisiatif Perumahan Veteran ATM kepada Puan Senoriah binti Sinun di Kota Marudu. Program berkenaan turut diserikan dengan penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026 kepada anak veteran ATM serta penyampaian sumbangan bakul makanan kepada keluarga veteran yang memerlukan sebagai tanda keprihatinan jabatan terhadap kebajikan komuniti berkenaan. Selain itu, beliau turut meluangkan masa menghadiri sesi ramah mesra bersama warga veteran ATM di Kota Marudu bagi mendengar sendiri pandangan serta keperluan mereka. Lawatan itu mencerminkan komitmen berterusan JHEV ATM dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan veteran ATM terus diberi perhatian melalui pendekatan turun padang dan interaksi secara langsung bersama komuniti veteran di seluruh negara. Turut hadir Pengarah JHEV ATM Cawangan Sabah, Mejar Ismail bin Merah, pegawai-pegawai JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah serta wakil Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Negeri Sabah.

Total User Account

3659402
Today: 721
Total: 3,659,402

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

One Stop Centre (OSC) MAFVAD

Level G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Call Centre: 03-2697 6600

Head Office  Branches


Copyright 2024 © Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department