Skip to main content

faq

FAQ

hubungi

Contact Us

maklumbalas

Feedback

peta

Site Maps

News Archive
MELAKA, 23 NOVEMBER 2025 — Sekitar Majlis Reunion Mantan Veteran Sarjan Mejar Rejimen (SMR) Seluruh Tentera Darat Malaysia Siri 3/2025 yang berlangsung di A’Famosa Golf Resort. Majlis yang dipenuhi suasana mesra ini bertujuan mengeratkan ukhuwah dan hubungan silaturahim dalam kalangan mantan SMR. Hadir sama memeriahkan acara ialah Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki. Acara dimulakan dengan ucapan aluan, diikuti sesi memperkenalkan diri serta beramah mesra antara mantan SMR. Majlis diteruskan dengan ucapan dan perasmian oleh Ketua Pengarah JHEV ATM, sebelum diteruskan dengan bacaan doa sebagai pembuka keberkatan. Program diserikan dengan jamuan serta penyampaian cenderamata kepada Ketua Pengarah JHEV ATM sebagai tanda penghargaan, sekali gus menjadikan majlis ini sebuah detik yang signifikan dan penuh penghargaan kepada seluruh mantan SMR yang hadir.

Total User Account

3659402
Today: 721
Total: 3,659,402

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

One Stop Centre (OSC) MAFVAD

Level G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Call Centre: 03-2697 6600

Head Office  Branches


Copyright 2024 © Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department