Skip to main content

faq

FAQ

hubungi

Contact Us

maklumbalas

Feedback

peta

Site Maps

News Archive
ASAHAN, 16 JANUARI 2026 – Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) terus komited dalam memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi pelaksanaan Program Peduli Veteran MADANI ATM (PVM ATM) yang dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM). Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari, telah mengadakan kunjungan kebajikan ke atas Veteran ATM di sekitar Asahan, Melaka sebagai usaha mendekati golongan veteran secara bersemuka bagi mengenal pasti keperluan sebenar mereka serta mendapatkan maklum balas terhadap inisiatif-inisiatif kebajikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Program ini melibatkan lawatan kebajikan secara bersemuka ke kediaman Veteran ATM, Balu Veteran serta keluarga veteran yang mempunyai tanggungan Orang Kurang Upaya (OKU). Sepanjang program berlangsung, YB Timbalan Menteri Pertahanan turut menyantuni 13 Veteran ATM yang terdiri daripada Veteran Asnaf, Balu serta Anak Veteran kategori Orang Kurang Upaya (OKU). Selain bertanya khabar dan mendengar permasalahan yang dihadapi, Sumbangan Rahmah, Bantuan Perubatan serta Peralatan Pesakit turut disampaikan kepada setiap keluarga yang dilawati. Turut diadakan Sesi Penyerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 2 Orang Veteran ATM sebagai penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka kepada negara. Daripada jumlah tersebut, dua orang merupakan Usahawan Veteran ATM yang turut menerima bantuan keperluan perniagaan sebagai usaha memberi sokongan dan suntikan motivasi untuk mengembangkan perniagaan mereka. Dalam lawatan yang sama, YB Timbalan Menteri Pertahanan juga telah bertemu dengan seorang Veteran ATM yang pernah berkhidmat dalam British Army semasa era pasca-Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu. Sumbangan veteran tersebut, khususnya dalam membantu negara mengurus peralihan pentadbiran, menyokong pembentukan sistem pertahanan tempatan serta menghadapi cabaran mengawal jenayah setempat disifatkan sebagai jasa yang amat besar dan sentiasa dikenang oleh negara. Program PVM ATM merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan MINDEF dalam menyokong agenda Transformasi Kesejahteraan Veteran ATM termasuk usaha memperkukuh strategi peningkatan taraf sosioekonomi veteran melalui pelaksanaan Program Outreach Veteran ATM, khususnya di kawasan-kawasan yang dikenal pasti. Turut hadir sepanjang program berlangsung ialah Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Leftenan Kolonel Azwadi bin Jamian (Bersara) selaku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Datuk Seri Mohd Fadzil bin Haji Shafie, Yang Dipertua Persatuan Veteran ATM Negeri Melaka, Pengarah JHEV ATM Cawangan Melaka dan Negeri Sembilan, Mejar Muhammad Zarifi bin Haji Tumin, serta wakil-wakil Persatuan Veteran ATM Negeri Melaka.

Total User Account

3659402
Today: 721
Total: 3,659,402

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

One Stop Centre (OSC) MAFVAD

Level G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Call Centre: 03-2697 6600

Head Office  Branches


Copyright 2024 © Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department