Skip to main content
News

News

𝐊𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐕𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐓𝐌 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐈𝐧𝐢𝐬𝐢𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐏𝐞𝐝𝐮𝐥𝐢 𝐕𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐝𝐚𝐧𝐢

Sibu, 27 Julai 2024 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari diiringi Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Mej Steven Anak Kadir telah menyantuni Veteran ATM demi menzahirkan rasa penghargaan kepada Veteran ATM menerusi Program Peduli Veteran Madani (PVM) di daerah Sibu, Sarawak.
Pada PVM hari ini, Timbalan Menteri Pertahanan menyantuni 6 orang Veteran ATM yang sedang uzur, sakit kronik dan memerlukan perhatian khususnya dalam aspek kesihatan dan penjagaan. PVM terus diperkasakan dalam membela kebajikan dan kesejahteraan Veteran ATM sejajar dengan jasa dan pengorbanan oleh Veteran ATM dalam memelihara keamanan dan keselamatan negara.
Dikesempatan itu juga, YB Adly Zahari turut menyantuni 3 orang Usahawan Veteran ATM yang masing-masing merupakan pengusaha keropok lekor dan gerai makan. PVM juga bertindak sebagai platform dalam menyampaikan sumbagan insentif keusahawanan kepada Veteran ATM yang memerlukan sebagai galakan untuk memperkasa perusahaan mereka.
Justeru, Kementerian Pertahanan melalui JHEV ATM sentiasa cakna akan keperluan Veteran ATM yang melibatkan 5 fokus utama iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan dan pemerkasaan ekonomi Veteran ATM. PVM kali ini turut diiringi Lt Kol Azwadi bin Jamian, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Veteran ATM.

Total User Account

3148600
Today: 1,072
Total: 3,148,600

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

One Stop Centre (OSC) MAFVAD

Level G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Call Centre: 03-2697 6600

Head Office  Branches


Copyright 2024 © Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department