Skip to main content

faq

FAQ

hubungi

Contact Us

maklumbalas

Feedback

peta

Site Maps

News

News

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—ฉ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ง๐—  (๐—ฃ๐—จ๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—”๐—ง๐— )๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚

๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚, ๐Ÿญ๐Ÿต ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Ketua Pengarah JHEV ATM, YBhg. Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki telah menghadiri Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM 2024 (PUVET ATM 2024) yang dilaksanakan di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu. Majlis Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan.
Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai Bahagian Kerjaya Dan Sosio Ekonomi (BKS) dan anggota JHEV ATM Cawangan Kelantan/Terengganu yang menyertai program ini dengan menyediakan kemudahan Kaunter Bergerak JHEV ATM untuk menyantuni para Veteran ATM yang hadir.
Program PUVET 2024 ini dianjurkan oleh Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dan telah dihadiri oleh seramai 70 orang Veteran ATM. Penganjuran PUVET 2024 menjadi pemangkin kepada sasaran Kementerian Pertahanan untuk mengenalpasti dan memadankan bentuk bantuan serta bimbingan keusahawanan kepada sasaran 200 Usahawan Veteran ATM.
Dalam program ini, YB Timbalan Mnteri Pertahanan telah menyampaikan geran Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) bernilai RM 70,000.00 kepada 14 usahawan Veteran ATM di sekitar Negeri Terengganu.
Sehingga kini seramai 161 usahawan Veteran ATM telah menerima geran SPKLB dengan nilai keseluruhan berjumlah RM805,000.00. YB Timbalan Menteri Pertahanan juga telah mengadakan sesi perkongsian pengalaman beliau sebagai usahawan serta cadangan model perniagaan baharu yang boleh diketengahkan kepada Veteran ATM yang hadir ke PUVET 2024 hari ini tadi.
PUVET ATM 2024 masih berbaki dua siri yang akan dilaksanakan di dua negeri iaitu pada 27 Oktober 2024 di Kedah dan 19 November 2024 di Negeri Sembilan.
Majlis ini juga menyaksikan sesi menandatangani MOU antara PERHEBAT dengan MardiCorp bagi membuka jaringan kerjasama untuk latihan, perkongsian kepakaran dan pemindahan teknologi untuk bakal pesara dan Veteran ATM.
Dalam pada itu, YBhg. Datoโ€™ KP JHEV ATM turut bersama-sama dengan YB Timbalan Menteri Pertahanan menyertai lawatan ke GMPeladang Sdn. Bhd. iaitu syarikat yg bekerjasama dengan MardiCorp bagi latihan yang bakal dilaksanakan untuk Veteran ATM di Terengganu.

Total User Account

3181811
Today: 1,022
Total: 3,181,811

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

One Stop Centre (OSC) MAFVAD

Level G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Call Centre: 03-2697 6600

Head Officeย  Branches


Copyright 2024 ยฉ Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department