Skip to main content
News

News

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—›๐—˜๐—ฉ ๐—”๐—ง๐—  ๐—ž๐—˜ ๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ง๐—ฌ๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—”

๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—”, ๐Ÿญ๐Ÿฐ ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM), Mej Jen Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki, hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Dalam pertemuan tersebut, Ketua Pengarah JHEV ATM mengemukakan info-info berkenaan inisiatif jabatan kepada Veteran ATM. Antaranya :
1. Bantuan Sara Hidup (BSH) โ€“ Menyokong keperluan asas Veteran ATM dan keluarga mereka.
2. Inisiatif Perumahan โ€“ Bantuan untuk baik pulih dan pembinaan baharu rumah bagi Veteran ATM.
3. Bantuan Persekolahan dan IPT โ€“ Membantu keluarga Veteran ATM dengan perbelanjaan pendidikan.
4. Bantuan Bencana Alam โ€“ Memberikan sokongan segera kepada Veteran ATM yang terjejas akibat bencana.
5. Bantuan Peralatan Pesakit โ€“ Membekalkan alat perubatan kepada Veteran ATM yang memerlukan.
6. Bantuan Mengurus Jenazah โ€“ Menyediakan bantuan kewangan bagi urusan pengkebumian Veteran ATM.
Turut hadir Datuk Seri Hj. Mohamad Fazil bin Hj. Shafie, Yang di-Pertua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Melaka, Lt Kolonel Azwadi bin Jamian (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt Kolonel Salim bin Ibrahim, Pemangku Pengarah Bahagian Pencen JHEV ATM, Mejar Mohammad Syaffik bin Yahaya, Pegawai Staf 2 Atur Turus JHEV ATM dan Mejar Muhammad Zarifi bin Tumin, Pengarah JHEV ATM Cawangan Melaka/Negeri Sembilan.

Total User Account

3148610
Today: 1,082
Total: 3,148,610

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

One Stop Centre (OSC) MAFVAD

Level G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Call Centre: 03-2697 6600

Head Officeย  Branches


Copyright 2024 ยฉ Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department