Skip to main content
News

News

LAWATAN PENGURUSAN TERTINGGI JHEV ATM KE LABOUR MARKET EXCHANGE PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)

PUTRAJAYA, 28 NOVEMBER 2024 - Pengurusan Tertinggi Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM hari ini mengadakan lawatan kerja ke Labour Market Exchange, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Delegasi JHEV ATM diketuai oleh Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Dato' Hj. Semaon bin Hj. Marjuki dan telah disambut oleh Puan Gayathri A/P Vadivel, Ketua Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan, Pejabat Insurans Pekerjaan PERKESO. Lawatan ini turut disertai oleh wakil PERHEBAT yang diketuai oleh Puan Azwita Hayu binti Ab Rahman, Ketua Seksyen Pasca Latihan Peralihan dan Bimbingan Kerjaya Kedua, PERHEBAT.
Pihak PERKESO telah membawa delegasi JHEV ATM untuk melawat Bilik Kawalan Bagi Sistem Labour Market Exchange (LMX). Di sini delegasi lawatan dipersembahkan dengan maklumat data pekerjaan terkini berasaskan interaktif secara visual, persempadanan geografi, alat pemudahcara pekerjaan dan statistik yang komprehensif. Platform LMX juga membolehkan pengguna memahami tren dan dinamik pasaran buruh semasa dengan lebih mendalam.
Dalam pada itu, sesi perbincangan juga telah diadakan bagi mengangkat taraf Veteran ATM melalui peningkatan taraf pekerjaan, perkongsian data, program kerjaya dan keusahawanan untuk Veteran OKU serta kolaborasi strategik bagi penganjuran Karnival Kerjaya di seluruh negara.
PERKESO juga bersetuju supaya peluang pekerjaan kepada Veteran ATM memberi tumpuan kepada bidang yang menawarkan gaji minimum sekurang-kurangnya RM2,500.00 sebulan.
Hadir sama ada semasa lawatan tersebut ialah Puan Irma Jasmin Ishak, Pengarah Bahagian Kerjaya Sosioekonomi (BKS) JHEV ATM dan Encik Azwan Mohamed, Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat JHEV ATM.

Total User Account

3146106
Today: 928
Total: 3,146,106

One Stop Centre (OSC) MAFVAD

Level G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Call Centre: 03-2697 6600

Head Office  Branches


Copyright 2024 © Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department