Skip to main content

faq

FAQ

hubungi

Contact Us

maklumbalas

Feedback

peta

Site Maps

News

News

KETUA PENGARAH JHEV ATM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF AFFIN ISLAMIC BANK

KUALA LUMPUR, 22 NOVEMBER 2024 - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran, Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) YBhg. Mej Jen Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki menerima kunjungan hormat daripada Affin Islamic Bank, pada Jumaat.
Delegasi Affin Islamic Bank diketuai oleh YBhg. Dato’ Paduka Syed Mashafuddin Syed Badarudin selalu Ketua Pegawai Eksekutif.
Di antara perkara-perkara yang dibincangkan semasa kunjungan tersebut ialah beberapa inisiatif strategik yang melibatkan usahawan asnaf Veteran ATM.
Selain itu, penglibatan Veteran ATM dalam program i-Tekad Perwira, sebuah inisiatif yang bertujuan untuk memperkasa golongan usahawan veteran melalui pembekalan modal serta latihan keusahawanan turut dibentangkan.
YBhg. Dato’ Paduka Syed Mashafuddin berkata, transaksi perbankan yang melibatkan langkah-langkah kawalan terhadap pertukaran akaun bank pesara Veteran ATM akan diatur supaya apabila ianya dilaksanakan nanti akan memberi kemudahan dari aspek pengurusan kewangan kepada golongan veteran ATM.
Affin Islamic Bank komited untuk membantu usahawan asnaf Veteran ATM melalui latihan dan pembekalan sokongan kewangan yang sewajarnya. Pihak bank akan terus bekerjasama dengan JHEV ATM dalam memastikan keberkesanan program i-Tekad Perwira mencapai matlamat, tambah nya lagi.

Total User Account

3179262
Today: 259
Total: 3,179,262

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

One Stop Centre (OSC) MAFVAD

Level G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Call Centre: 03-2697 6600

Head Office  Branches


Copyright 2024 © Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department