Skip to main content
News

News

SESI PERBINCANGAN JHEV ATM BERSAMA SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB)

SHAH ALAM, 10 DISEMBER 2024 - Satu sesi perbincangan antara Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) telah diadakan di Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Dataran PHB, Saujana Resort, Shah Alam. Sesi perbincangan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama antara JHEV ATM dan SPNB dalam meneruskan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) - JHEV ATM bagi tahun 2025.Sesi perbincangan telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan kedua-dua organisasi, iaitu YBrs. Tuan Ar Hj. Mohd. Jamil bin Hj Idris, Ketua Pegawai Eksekutif SPNB, Encik Ediham Saifull bin Said, Ketua Unit Rumah Mesra Rakyat SPNB, dan Encik Mohd Syafien bin Mat Jusoh. Manakala dari pihak JHEV ATM, diketuai oleh Mej. Jen. Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah JHEV ATM, Puan Irma Jasmin bt. Ishak, Pengarah Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi (BKS), Encik Aiman Azizan, Penolong Pengarah BKS dan pegawai-pegawai dari JHEV ATM.Semasa perbincangan sedang berlangsung, pihak SPNB menyatakan pentingnya kerjasama strategik ini dalam memastikan kelancaran program Inisiatif Perumahan untuk Veteran ATM pada tahun 2025. Antara agenda utama yang dibincangkan adalah penambahbaikan dalam pelaksanaan Program RMR - JHEV ATM , khususnya mengenai reka bentuk rumah, kod warna, dan peruntukan kewangan serta pelantikan kontraktor Veteran ATM. Kedua-dua pihak bersetuju untuk memberi keutamaan kepada pelantikan kontraktor dari kalangan veteran ATM yang berdaftar dengan JHEV ATM dan SPNB bagi projek-projek RMR tahun 2025.Sesi perbincangan ini berhasil mencapai beberapa kesepakatan yang akan memperkukuh jalinan serta kerjasama antara SPNB dan JHEV ATM, khususnya dalam memastikan Program Rumah Mesra Rakyat untuk veteran ATM dapat dilaksanakan dengan lebih baik pada tahun 2025. Kedua-dua pihak bertekad untuk memastikan keberhasilan program ini dengan penambahbaikan berterusan dan penyelarasan yang lebih efektif.

Total User Account

3146108
Today: 930
Total: 3,146,108

One Stop Centre (OSC) MAFVAD

Level G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Call Centre: 03-2697 6600

Head Office  Branches


Copyright 2024 © Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department