Skip to main content
News

News

KUNJUGAN HORMAT KETUA PENGARAH JHEV ATM KE ATAS SYARIKAT FAIZA SDN. BHD.

BATU PAHAT, 16 DISEMBER 2024 - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran, Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Syarikat Faiza Sdn. Bhd. bertempat di Batu Pahat, Johor. Diantara agenda utama kunjungan ini adalah untuk membincangkan cadangan kerjasama kedua-dua pihak dalam usaha membela nasib veteran ATM, khususnya dari aspek kebajikan dan kehidupan yang lebih kondusif. Perbincangan ini menjadi platform penting dalam mengukuhkan sinergi antara sektor korporat dan JHEV ATM bagi memastikan kebajikan veteran ATM terus terjamin.Semasa sesi kunjungan tersebut, Pengurusan Syarikat Faiza Sdn. Bhd. turut menunjukkan komitmen mereka terhadap usaha sokongan dalam membantu kebajikan veteran ATM dengan menyerahkan cek sumbangan sebanyak RM5,000.00 kepada Kempen Tabung Pahlawan.Kunjungan hormat ini turut disertai oleh Pengarah Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi JHEV ATM, Puan Irma Jasmin binti Ishak, Pengarah Bahagian Kewangan dan Akaun JHEV ATM, Encik Muhammad Aminuddin bin Rashiddi, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt Kol Azwadi bin Jamian (Bersara) dan Pengarah JHEV ATM Johor, Mej Johadi bin Jema’at.

Total User Account

3146107
Today: 929
Total: 3,146,107

One Stop Centre (OSC) MAFVAD

Level G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Call Centre: 03-2697 6600

Head Office  Branches


Copyright 2024 © Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department