Skip to main content

faq

FAQ

hubungi

Contact Us

maklumbalas

Feedback

peta

Site Maps

News

News

๐—ฅ๐—จ๐— ๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ, ๐—›๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ: ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—•๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚ ๐—•๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—œ๐—ป๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ณ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฉ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ง๐— 

๐—•๐—”๐—–๐—›๐—ข๐—ž, ๐Ÿฎ ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki, telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah (Bina Baharu) dibawah Inisiatif Perumahan Veteran ATM di Bachok, Kelantan.
Majlis ini menyaksikan penyerahan rumah bina baharu kepada 7 Veteran ATM iaitu Encik Azlan bin Ahmad, Encik Kamarulhisam bin Nadzri, Encik Mohd. Norhariri bin Mahassan, Encik Aidid bin Taib, Encik Ghazali bin Hassan, Encik Mohamed Razali bin Che Nik dan Encik Muhamad Zin Mat Tayib Veteran ATM yang berkelayakan.
Program rumah bina baharu ini merupakan hasil kerjasama antara JHEV ATM dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), sebagai satu usaha murni untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan veteran ATM terjamin.
Bagi Program Rumah Bina Baharu, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM55,000.00 (Semenanjung), RM60,000.00 (Sabah) dan RM65,000.00 (Sarawak). Manakala, pihak Kementerian Kewangan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pula menyediakan subsidi sebanyak RM20,000.00 untuk setiap rumah yang dibina.
Ini menjadikan kos keseluruhan sebuah rumah bina baharu adalah RM75,000.00, RM80,000.00 dan RM85,000.00 masing-masing di Semenanjung dan Sabah/Sarawak.
Kementerian Pertahanan secara konsistennya telah berusaha untuk meningkatkan peruntukan bantuan perumahan sejak tahun 2021 iaitu dari RM4.86 juta kepada RM6.18 juta pada tahun 2024. Tidak terhad kepada bantuan sedia ada, JHEV ATM akan terus mengkaji bantuan perumahan dalam pelbagai skim berbeza kepada mereka yang tidak mempunyai tanah atau rumah sedia ada.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Lt Kol (B) Azwadi bin Jamian, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Mejar Wan Abdullah bin Wan Abdul Samad TUDM, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan/Terengganu, Mejar Muhammad Syaffik bin Yahaya, Pegawai Atur Turus 2 JHEV ATM dan persatuan-persatuan Veteran ATM setempat.

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—–๐—”๐—ž๐—ก๐—” ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—›๐—˜๐—ฉ ๐—”๐—ง๐— : ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก

๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐—•๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ, ๐Ÿฎ ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki telah melaksanakan Program Cakna di sekitar daerah Kota Bharu, dekat sini hari ini.
Kunjungan ini adalah sebahagian daripada inisiatif JHEV ATM bertujuan untuk mendekati para veteran yang mengalami masalah dalam urusan kegiatan harian meliputi aspek kesihatan dan yang memerlukan sokongan, selaras dengan komitmen jabatan dalam menjaga kebajikan para pejuang negara.
Dalam lawatan tersebut juga, Ketua Pengarah JHEV ATM meluangkan masa untuk menyantuni seramai 9 orang Veteran ATM yang terlantar dan berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan.
YBhg. Datoโ€™ Haji Semaon turut melakukan penyerahan lampin pakai buang, peralatan pesakit iaitu kerusi roda serta sumbangan berupa keperluan harian seperti makanan dan barangan asas serta semasa lawatan tersebut di samping turut mengambil kesempatan mendengar sendiri keluhan dan keperluan mereka.
Ketua Pengarah JHEV ATM berharap, Program Cakna Veteran ATM akan menjadi medan yang berkesan untuk interaksi secara dua hala antara jabatan dan veteran ATM dalam usaha membantu kehidupan mereka.
โ€œDengan adanya sokongan ini, diharapkan Veteran ATM yang mengalami masalah kesihatan akan merasakan keprihatinan masyarakat dan dapat menjalani kehidupan yang lebih bermaknaโ€, beliau berkata demikian apabila ditemui selepas melakukan kunjungan cakna tersebut.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Lt Kol (B) Azwadi bin Jamian, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Mejar Wan Abdullah bin Wan Abdul Samad TUDM, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan/Terengganu, Mejar Muhammad Syaffik bin Yahaya, Pegawai Atur Turus 2 JHEV ATM dan persatuan-persatuan Veteran ATM setempat.

๐—๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—œ ๐Ÿฐ๐Ÿฑ๐Ÿฑ ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—”๐—ง๐— ) ๐——๐—œ๐—œ๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฅ๐—”๐—™ ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก๐—จ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—ฆ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—ฃ๐—๐— ) ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—” ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”

๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐—•๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ, ๐Ÿญ ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Datoโ€™ Seri Mohammad bin Ab. Rahman telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 455 orang Veteran ATM, balu serta wakil waris di Kota Bharu, Kelantan dekat sini hari ini.
Majlis penganugerahan PJM telah dikoordinasikan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM yang telah bermula pada 3 Mac 2004. Penganugerahan pingat ini merupakan pengiktirafan kepada anggota tentera di atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan mereka semasa berhadapan dengan ancaman pengganas komunis suatu ketika dahulu.
Kejayaan bekas anggota tentera membanteras ancaman komunis selain memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut, telah melayakkan mereka dianugerahkan dengan PJM. Diantaranya adalah;
a. Telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas atau telah bertugas secara langsung tidak kurang dari 6 bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh dari 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM) atau,
b. Telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas atau telah bertugas secara tidak langsung tidak kurang dari 6 bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) atau,
c. Telah terbunuh, cedera atau menjadi kurang upaya disebabkan oleh tugas menentang pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 atau pengganas Parti Komunis Kalimantan (PKKU) bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990.
Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Datoโ€™ Seri Mohammad bin Ab. Rahman menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima PJM pada hari ini. Kementerian Pertahanan sentiasa prihatin dengan nasib dan hal ehwal Veteran ATM. Malah, aspek kesejahteraan Veteran ATM telah menjadi salah satu teras utama dalam pelan strategik kementerian ini.
Sehubungan itu, JHEV ATM yang diketuai oleh Yang Berbahagia Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki akan meneruskan skim-skim bantuan kebajikan, perubatan, pendidikan untuk anak-anak Veteran ATM dan perumahan sedia ada serta terus menambahbaik perkhidmatan dalam agenda memperkasakan kebajikan Veteran ATM dan akan meneruskan usaha untuk mencari pendekatan terbaik dalam meningkatkan taraf kehidupan Veteran ATM khususnya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kos sara hidup yang meningkat.
Penganugerahan ini merupakan kurniaan atas sikap keperwiraan dan pengorbanan anggota tentera dalam melaksanakan kewajipan kepada negara. Sesuai dengan tarafnya sebagai "campaign medal" yang berlandaskan pengorbanan dan perjuangan yang tidak berbelah bahagi semasa darurat dahulu, PJM telah dimartabatkan sebagai pingat yang lebih kanan dalam susunannya berbanding dengan anugerah-anugerah yang sama kelas dengannya seperti Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-bangsa Bersatu (PNBB) dan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS).
Pengurniaan PJM ini adalah refleksi terhadap suatu pengorbanan yang amat besar, yang diiktiraf oleh rakyat dan negara dalam menggalas tanggungjawab menjaga kedaulatan dan keselamatan negara dengan penuh taat setia. Masyarakat haruslah menghargai jasa dan pengorbanan para pahlawan negara sehingga negaraini dapat mengecapi keamanan yang dinikmati pada hari ini. Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu JHEV ATM kerana telah berjaya menganjurkan Majlis Penganugerahan PJM pada hari ini.
Turut hadir dalam Majlis Penganugerahan ini ialah, Leftenan Jeneral Datoโ€™ Seri Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Laksamana Muda Datoโ€™ Baharudin bin Wan Md Nor, Panglima Wilayah Laut 1, Mejar Jeneral Datuk Haji Mohd Nizam bin Hj Jaffar, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Fazal bin Haji Abdul Rahman, Panglima 2 Divisyen, Brigadier Jeneral Datoโ€™ Muzamil bin Haji Ali, Panglima 8 Briged, serta wakil-wakil Persatuan Veteran ATM Negeri Kelantan.

๐•๐ž๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ค๐š๐ฅ ๐ƒ๐ข๐ซ๐š๐ข๐ค๐š๐งโ€ฆ

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datoโ€™ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan berpeluang untuk menziarahi seorang veteran Tentera Darat Malaysia (TDM), Koperal Abdul Rahman bin Mohd Yassin (Bersara) di Papar, Kota Kinabalu, Sabah hari ini.
PTD mengambil kesempatan untuk menyantuni dan menyampaikan sedikit sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai kepada veteran daripada Rejimen Semboyan Diraja (RSD) ini ketika mengadakan Lawatan Kerja di Kota Kinabalu, Sabah. Walaupun telah bersara sejak 17 Februari 1988 yang lalu, Koperal Abdul Rahman bin Mohd Yassin (Bersara) berasa amat terharu menerima kedatangan pucuk pimpinan tertinggi TDM yang sudi menjejakkan kaki ke terataknya.
TDM sentiasa cakna mengenai hal ehwal para veteran walaupun telah meninggalkan perkhidmatan sejak sekian lama.

๐๐ˆ๐๐Š ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐๐”๐’๐๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐Š๐„๐‚๐ˆ๐‹ ๐‰๐‡๐„๐• ๐€๐“๐Œ

PUSPANITA Cawangan Kecil JHEV ATM sebagai cabang PUSPANITA Kementerian Pertahanan turut menyokong Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang di sambut pada bulan Oktober setiap tahun oleh Kementerian ini. Sambutan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para wanita khususnya tentang kepentingan penjagaan kesihatan payudara serta sebagai tanda sokongan kepada pejuang kanser payudara.
Sebagai tanda sokongan kepada Kempen โ€˜Pink Oktoberโ€™, ahli ahli PUSPANITA Cawangan Kecil JHEV ATM dan warga JHEV ATM telah berpakaian bertemakan pink dan memakai Pink Ribbon pada 29 Oktober 2024 (Selasa).

๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—œ๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—–๐—” ๐—•๐—”๐—ก๐—๐—œ๐—ฅ: ๐—ง๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—›๐—˜๐—ฉ ๐—”๐—ง๐—  ๐—›๐—จ๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—ง๐—  ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—๐—˜๐—๐—”๐—ฆ

๐—ž๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐— , ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—ข๐—ž๐—ง๐—ข๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah melakukan lawatan kebajikan pasca banjir bagi menyantuni tiga orang veteran ATM yang terkesan akibat bencana banjir di sekitar Kulim.
Hadir sama mengiringi beliau dalam kunjungan ini ialah Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM), Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki.
Selain bertanya khabar, YB Adly Zahari turut menyerahkan bantuan berupa Bakul Rahmah, Bantuan Kebajikan, Kit Pasca Banjir, serta sumbangan wang tunai kepada para veteran. Bantuan ini diharap dapat meringankan beban mereka dalam tempoh pemulihan pasca banjir, selain memberi sokongan moral kepada para veteran yang menghadapi cabaran akibat bencana alam.
Komitmen Kementerian Pertahanan bersama JHEV ATM ini menunjukkan keprihatinan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada golongan veteran ATM yang memerlukan bantuan segera di samping sebagai tanda keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan para veteran yang terjejas mendapat perhatian sewajarnya.
Program lawatan sebegini juga akan dapat memperkukuhkan hubungan antara Kementerian Pertahanan, JHEV ATM, dan komuniti veteran dalam usaha memastikan kesejahteraan mereka terpelihara.
Hadir sama semasa kunjungan tersebut ialah Brigedier Jeneral Datoโ€™ Saipol Anuar bin Jaafar, Panglima 6 Bgd, Mejar Mohd. Izmer bin Ghazali TUDM, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang serta wakil-wakil persatuan Veteran ATM Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—”๐—ง๐—  ๐——๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐—–๐—”๐—ž๐—ก๐—”, ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—™ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก

๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—”๐—ก๐—œ, ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—ข๐—ž๐—ง๐—ข๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Kementerian Pertahanan menyambut baik peruntukan Belanjawan 2025 oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri berhubung kesejahteraan sosioekonomi Veteran ATM seperti pelarasan pencen Veteran ATM secara berfasa, Program Protege-Veteran ATM, kenaikan kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) dan lanjutan tempoh bayaran Penghargaan Khas Veteran ATM.
Mendepani cabaran tahun 2025, Kementerian Pertahanan bersama Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) akan terus proaktif dan responsif dalam mentransformasi ekosistem yang berkesan demi kepentingan kumpulan sasar.
Dalam sektor keusahawanan, Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) akan dilebarluaskan manfaatnya sebagai Pemudahcara dan Penghubung untuk mengenalpasti dan menyalurkan insentif keusahawanan yang merangkumi khidmat kepakaran, fasiliti, geran dan latihan yang diperlukan oleh Usahawan Veteran ATM untuk memajukan perniagaan mereka.
Pada majlis PUVET ATM hari ini, YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan menyeru Veteran ATM untuk lebih cakna, progresif dan inovatif untuk lebih berjaya dalam dunia perniagaan yang amat kompetitif. Veteran turut disaran memanfaatkan segala insentif
keusahawanan yang disediakan Kerajaan seperti dana zakat dan pembiayaan mikro yang disediakan menerusi i-TEKAD hasil kerjasama PERHEBAT dengan Affin Islamic Bank, Bank Muamalat Malaysia dan Bank Simpanan Nasional.
Turut hadir mengiringi beliau dalam program tersebut ialah Ketua Pengarah JHEV ATM Mej Jen Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki.
Beliau turut menyampaikan geran Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) bernilai RM140,000.00 kepada 28 Usahawan Veteran ATM di sekitar negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang yang terlibat dalam perniagaan seperti perkhidmatan, elektrikal, pembuatan, makanan dan peruncitan. Sehingga kini, 161 usahawan veteran ATM telah menerima geran SPKLB dengan nilai keseluruhan berjumlah RM805,000.00.
Inisiatif ini mendapat sokongan penuh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Kementerian Ekonomi. Kolaborasi ini amat penting agar manfaatnya dapat dinikmati dengan lebih bersasar oleh kelompok veteran.
Menerusi PUVET ATM, veteran turut menikmati manfaat seperti pemadanan perniagaan atau business matching, akses terus kepada insentif keusahawanan seperti fasiliti, latihan dan konsultansi dalam aspek pembungkusan, penjenamaan dan pemasaran.

๐Š๐’๐” ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐ ๐’๐€๐๐“๐”๐๐ˆ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐€๐“๐Œ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‚๐€๐Š๐๐€ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐๐ˆ๐๐€ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐”

๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—œ๐—ก๐—–๐—›๐—”๐—ก, ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—ข๐—ž๐—ง๐—ข๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) telah menganjurkan Majlis Penyerahan Rumah Bina Baharu di bawah Inisiatif Perumahan Veteran ATM yang berlangsung pada 27 Oktober 2024 di Sekinchan, Selangor. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali. Hadir sama mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, YBrs. Encik Sophian Isswandy bin Ismail.
Majlis ini menyaksikan penyerahan sebuah rumah bina baharu kepada Encik Hamid bin Idris, seorang veteran ATM yang berkelayakan. Program bina baharu ini merupakan hasil kerjasama antara JHEV ATM dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), sebagai satu usaha murni untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan veteran ATM terjamin. Pada tahun ini, JHEV ATM telah meluluskan sebanyak 53 buah rumah bina baharu untuk para veteran ATM di seluruh Malaysia, melepasi sasaran asal sebanyak 50 buah rumah.
Dalam ucapannya, YBhg. Datuk Lokman Hakim menekankan komitmen Kementerian Pertahanan dalam mempertingkatkan kualiti hidup veteran ATM dan keluarga mereka melalui pelbagai inisiatif kebajikan. Beliau turut menyatakan bahawa inisiatif perumahan ini akan diteruskan bagi memastikan lebih ramai veteran ATM menerima bantuan yang sewajarnya.
Dikesempatan itu juga, Datuk Lokman Hakim sempat menyantuni tiga orang veteran ATM yang uzur dan memerlukan bantuan. Mereka adalah Puan Mariam binti Mohd. Pahang, Encik Baโ€™at bin Mat dan Encik Ahmad bin Ibrahim. Usahasama ini mencerminkan keprihatinan Kementerian Pertahanan terhadap kesejahteraan golongan veteran yang memerlukan sokongan tambahan.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah JHEV ATM Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor, Kdr. Mohd. Kamal Irfan bin Hassan Sabri TLDM, wakil-wakil daripada SPNB, serta wakil-wakil Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM). Mereka menyertai program ini dalam menzahirkan serta menunjukkan komitmen pelbagai pihak dalam menjayakan inisiatif kebajikan untuk para veteran ATM.
Program ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan JHEV ATM dalam memenuhi keperluan asas dan memberi sokongan kepada para veteran yang memerlukan, sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan golongan veteran.
Sebelum bersurai, rombongan meluangkan masa pada sesi bergambar bersama penerima rumah dan tetamu kehormat lain yang hadir serta melawat ke rumah baharu yang telah diserahkan.

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—๐—œ๐—ช๐—” ๐— ๐—จ๐—ฅ๐—ก๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐—ฆ๐—” ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐——๐—œ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—ก๐—™๐—”๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—ง๐— 

๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ฅ ๐—š๐—”๐—๐—”๐—›, ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ข๐—ž๐—ง๐—ข๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari hari ini menyempurnakan Majlis Penyerahan Rumah Baik Pulih kepada Puan Alimah binti Rahim iaitu balu kepada veteran ATM Encik Samsuddin bin Samah. Tentera Darat Malaysia
(TDM) melalui Skuadron Ke-9 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) telah melaksanakan pembaikkan ke atas rumah beliau menerusi Program Jiwa Murni (PJM) iaitu sebuah program
di bawah inisiatif TDM. PJM adalah merupakan salah satu inisiatif dalam meningkatkan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan masyarakat.
Program ini dijalankan dengan tujuan untuk meningkatkan penglibatan rakyat serta seluruh komuniti masyarakat dalam aspek pertahanan dan keselamatan negara.
Turut serta menerima manfaat daripada program ini ialah tiga orang penerima lain iaitu seorang Veteran ATM, Encik Mohd Rafei bin Jantan dari Kampung Belakang Pekan, Puan Abidah binti Maurob dari Kampung Belimbing Dalam dan Puan Zuraida binti Salim dari Kampung Sungai Petai. YB Adly Zahari telah menyerahkan Plaque Rumah dan Bakul Rahmah kepada semua penerima sebagai simbolik penyerahan rumah yang telah siap dibaik pulih.
Skop kerja pembaikan telah bermula pada 7 September dan siap sepenuhnya pada 13 Oktober 2024 meliputi kerja-kerja menukar struktur papan yang usang kepada bata, memasang kerangka dan bumbung bagi membaiki bumbung yang rosak, melepa dan
mengecat dinding serta pendawaian elektrik.
Hadir sama dalam majlis penyerahan ini ialah Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datoโ€™ Indera Zahari bin Mohd Ariffin.
Terdahulu pada sebelah pagi, YB Timbalan Menteri Pertahanan telah melaksanakan aktiviti gotong-royong iaitu membersihkan kawasan rumah Encik Abu Bakar@Dak Zam yang terletak di Kampung Pulau, Durian Tunggal. Di kesempatan itu, YB Adly turut meluangkan masa menyantuni beliau serta mengagihkan 200 Bakul Rahmah kepada penduduk kampung. Program tersebut adalah sebahagian daripada program PJM yang turut disertai 9 Skn RAJD dan Rejimen 514 Askar Wataniah (514 AW).
Pada 25 Oktober 2024, YB Adly telah menghadiri Majlis Penutup Program Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI) di Sekolah Menengah Kebangsaan Datoโ€™ Dol Said, Alor Gajah. JERI adalah sebuah program yang memberi penekanan kepada aspek spritual dan rohani bagi membentuk sahsiah serta peribadi remaja yang mulia dan bermotivasi tinggi. Program ini dilaksanakan oleh Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Daerah Alor Gajah dan warga pendidik SMK Datoโ€™ Dol Said.
Pada sebelah petang, YB Adly telah mengadakan Lawatan Ziarah Mahabbah ke lima buah rumah di sekitar Asahan. Selain beramah mesra, YB Adly turut menyampaikan bantuan sumbangan kewangan dan Bakul Rahmah. Program ini adalah sebahagian daripada komponen dalam Program Ilmu dan Muafakat (PIKAT) yang telah bermula pada 24 Oktober 2024. Program ini dikoordinasikan bersama-sama dengan pihak KAGAT, Pusat Khidmat Alor Gajah dan kariah Masjid Ar-Rasyidin, Alor Gajah.
Selain daripada itu, program selama tiga hari ini diteruskan dengan inisiatif Veteran Desa Madani (PVDM) yang mana YB Timbalan Menteri Pertahanan telah menyantuni dua orang veteran
ATM serta seorang balu veteran ATM di sekitar Alor Gajah. Dalam kunjungan tersebut, YB Adly Zahari telah beramah mesra dan turut menyerahkan sumbangan Bakul Makanan bagi meringankan beban mereka. Beliau turut berbesar hati menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada salah seorang veteran ATM yang dilawati yang tidak dapat hadir dalam majlis penganugerahan sebelum ini kerana masalah kesihatan.
Program diakhiri dengan Majlis Penyerahan Rumah Bina Baharu bagi Veteran ATM iaitu Puan Bedah binti Din dan Encik Mohd Rozlan bin Abdul Wahid. Kedua-dua penerima ini adalah di antara penerima manfaat di bawah Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM yang diusahakan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM. Melalui inisiatif ini, pihak JHEV ATM akan membiayai kos pembinaan setiap unit rumah baharu iaitu sebanyak RM55,000 manakala Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan memberi subsidi di bawah skim mereka sebanyak RM20,000.
"Veteran ATM digalakkan untuk mendaftar dan mengemas kini maklumat peribadi mereka dengan JHEV ATM serta persatuan tempatan masing-masing. Ini penting bagi memastikan semua Skim Bantuan yang disediakan oleh JHEV ATM dapat disalurkan secara teratur dan berkesan kepada veteran yang layak," ujar YB Adly Zahari semasa sidang media berlangsung.
Dalam majlis ringkas yang berasingan juga turut diadakan sesi penyampaian lebihan Wang Takaful Bank Muamalat kepada lima orang penerima dalam kalangan Veteran ATM. Majlis telah disempurnakan bersama oleh Ketua Pengarah JHEV ATM Mej Jen Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki.
Program Jiwa Murni yang diadakan selama tiga hari di Alor Gajah, Melaka yang merangkumi program PIKAT, Pembaikan Rumah oleh RAJD serta Program Motivasi Pelajar adalah selaras dengan Teras 4 Pelan Strategik Kementerian Pertahanan 2021 โ€“ 2025 yang bertujuan memantapkan kolaborasi tentera โ€“ awam (CIMIC) seterusnya meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan ATM selain penglibatan menyeluruh masyarakat dalam aspek pertahanan dan keselamatan negara.
Manakala, Program Veteran Desa Madani (PVDM) pula diadakan bagi memenuhi aspirasi Kementerian Pertahanan yang sentiasa โ€˜Responsif,
Prihatin dan Komitedโ€™ dalam menjaga kesejahteraan dan kebajikan veteran, Teras 3 Pelan Strategik Kementerian selain memenuhi pembangunan dasar Malaysia Madani (Teras Ihsan).
Hadir sama dalam program ini ialah Pengarah JHEV ATM Cawangan Melaka dan Negeri Sembilan, Mejar Muhammad Zarifi bin Haji Tumin serta wakil-wakil persatuan Veteran ATM sekitar Melaka.

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—›๐—˜๐—ฉ ๐—”๐—ง๐—  ๐—ž๐—˜ ๐—œ๐—•๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—ฉ๐—”๐—ง๐—  ๐——๐—œ ๐—ช๐—œ๐—ฆ๐— ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก

๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ, ๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐—ข๐—ž๐—ง๐—ข๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran, Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) YBhg. Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki, telah melakukan lawatan ke Wisma Pahlawan dekat sini hari ini.
Ketibaan beliau dan rombongan disambut oleh Presiden Persatuan Veteren ATM (PVATM) YBhg. Kapten Datuk Sharuddin bin Haji Omar (Bersara), Timbalan Presiden PVATM Brig. Jen. Datuk Bustaman bin Haji Mat Zin (B) dan 6 orang Ahli Exco PVATM.
Lawatan ini merupakan satu langkah signifikan dalam usaha memperkukuh hubungan dan komunikasi antara JHEV ATM dan PVATM selain memberikan ruang bagi veteran untuk menyampaikan pandangan dan harapan mereka sekaligus menunjukkan komitmen jabatan terhadap kesejahteraan veteran ATM.
Semasa lawatan Ketua Pengarah JHEV ATM diberikan taklimat ringkas berkaitan Persatuan Veteran ATM (PVATM) dan Lembaga Pemegang Amanah Wisma Pahlawan Berhad (LPAWPB). Dalam pada itu, sesi soal jawab mengenai Belanjawan 2025 turut menjadi agenda diskusi kedua-dua pihak, memberikan panduan yang jelas mengenai peruntukan yang akan memanfaatkan veteran ATM amnya.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt. Kol. (B) Azwadi bin Jamian dan pegawai-pegawai kanan JHEV ATM.

Total User Account

3262153
Today: 385
Total: 3,262,153

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

One Stop Centre (OSC) MAFVAD

Level G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Call Centre: 03-2697 6600

Head Officeย  Branches


Copyright 2024 ยฉ Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department